Garden

Monday 9 January 2012

No pain no gain...

God gives you answers in three ways: 

He says yes and gives you what you want, 
He says no and gives you something better, 
or He says wait and gives you the best.

Tak semua orang dapat mengecapi impian diorang kan. Kita selalu nak yang terbaik untuk kita. Tak kira lah dalam pelajaran ke pekerjaan atau pun dalam soal hati. Tapi kita tahu ke apa yang kita nak tu memang terbaik untuk kita? Kadang-kadang kita tolak sesuatu tu sebab kita tak suka atau pun kita kata, “not my taste” sedangkan itulah yang terbaik untuk kita.
Bila kita ditimpa kesusahan, kita selalu bersedih. Tapi kita lupa yang setiap musibah yang Allah bagi tu pasti akan ada hikmah untuk diri kita. Cuma cepat atau pun lambat je kita nampak hikmah tu. Saya selalu berpesan pada diri kalau tengah ditimpa musibah atau pun bersedih.. “Allah tak akan uji aku melebihi kemampuan aku, InsyaAllah aku kuat!” walaupun sebenarnya dada ni rasa sesak, fikiran serabut dan air mata tanpa segan silu mengalir. Tapi percayalah, lepas dah berjaya harungi musibah tu, kita akan rasa lebih tabah untuk berhadapan dengan dugaan seterusnya. Cuma keputusan untuk ‘move forward’ tu ada pada kita sendiri, nak atau tak nak je. Nampak mudah kan bila orang kata, “you have to move forward, lupakan apa yang berlaku tu and bina balik keyakinan.” It is not as easy as it sounds. Tapi bila berjaya, it will be your biggest self-achievement. Kekuatan itu lah yang sedang saya cari. Tak pernah sangka akan jatuh buat kali kedua disebabkan perkara yang sama tapi saya yakin, saya akan bangkit kembali.
Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita dengan sebab yang tersendiri. Mungkin kehadirannya hanya untuk mendekatkan kita kepada-NYA dan selepas kita dah berada di landasan yang betul maka Allah akan mengambilnya kembali dan hadirkan pula orang lain untuk terus mengajar kita. Agree?? So, setiap kali kita rasa kecewa dengan seseorang, cakap pada diri kita.. “Allah hadirkan awak dalam hidup saya untuk mengajar saya sesuatu. Mungkin dah ditakdirkan teaching method awak akan menyakitkan saya tapi kesakitan itu yang akan menjadikan saya lebih baik in future.” Ini lah yang dipanggil positive talk.
Sentiasalah senyum dan menyenangkan hati orang disekeliling kita walaupun diri kita sendiri sedang diuji kerana dengan cara itu secara tak langsung kita akan rasa lebih bahagia. Bila rasa ingin menangis, pergilah kepada-NYA kerana Allah lebih mengerti.

Renungan bersama:
Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

No comments:

Post a Comment